(Petikan surat
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani)
Sahabat-sahabatku
yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti
membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu
itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila
cahaya dari “ Allah
adalah cahaya bagi semua langit dan bumi… ” mula menyinari
ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam
kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…”
Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak
panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau
barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke
atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan
cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah
kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan
cahaya rahsia Allah menyinarinya?
Sekiranya
cahaya rahasia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia
akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan
(kamu)…” . Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya
Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan
bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri
batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur.
Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di
sini. Baca, dengar, cuba
fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh
kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari
ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit,
melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,
menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku
bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…”
malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan
menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap
ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam
lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan
mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
No comments:
Post a Comment